
Barisan Nasional, khususnya UMNO, tewas lagi kepada Pakatan Rakyat di kedua-dua pilihanraya kecil serentak di Semenanjung dengan rakyat menghantar mesej jelas menolak kepemimpinan Perdana Menteri baru Najib Razak kerana dicemari dengan pelbagai dakwaan dan persepsi salah laku.
Pakatan Rakyat menerusi PAS mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang di Perak dan atas tiket Parti Keadilan Rakyat, gagasan itu berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah.
Dua kerusi itu amat diidamkan oleh Barisan Nasional, khususnya UMNO untuk menunjukkan bahawa pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri ke enam Malaysia dan presiden UMNO baru-baru ini direstui oleh rakyat.
Sebaliknya, UMNO tinggal dengan hanya mencanang kemenangan BN pada PRK Dewan Undangan Negeri Batang Ai, sebuah kawasan terpencil di Sarawak yang tidak membabitkan mana-mana parti komponen BN dari Semenanjung.
Di Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari PAS mengekalkan kerusi parlimen itu, mengatasi calon UMNO dengan majoriti yang lebih besar.
Nizar memperolehi 21,860 dengan majoriti 2,789 undi berbanding Ismail yang hanya mampu meraih 19,071 undi.
Calon bebas Kamarul Ramizu Idris hanya mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.
Di Bukit Selambau Kedah, S.Manikumar, dari PKR mendapat 12,607 undi, mengatasi Datuk S. Ganesan dari MIC dan 13 calon bebas
No comments:
Post a Comment